Zaman Pendudukan Jepun
Jepun memerintah Tanah Melayu selama 3 setengah tahun dari (15 Feb 1942- 12 Sep 1945). Corak pentadbiran pemerintahan Jepun adalah bercorak ketenteraan.Seterusnya, cara kemaraan tentera Jepun ialah dengan menggunakan kapal terbang perang. Kapal terbang perang digunakan tentera Jepun untuk menyerang Tentera British ke Tanah Melayu. Kapal tersebut sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun. Selain itu, mereka menggunakan kereta kebal penggepur dan berjaya memaksa tentera Britush berundur . Hal hal ini kerana Jepun menggunakan kereta kebal yang kecik dan ringan yang lebih mudah dikendalikan. Tentera Jepun juga menggunakan bot untuk mendarat tenteranya dari kapal terbang yang sukar berlabuh di pantai. Akhir sekali, cara kemaraan tentera Jepun ialah menggunakan basikal untuk tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British dan basikal mudah melalui jalan yang sempit.
Faktor kajayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu ialah dengan melakukan perancangan awal perang. Sebagai contoh, Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapat kerjasama penduduk Tanah Melayu. Jepun menjalankan aktiviti prisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan. Selain itu, kelengkapan perang tentera Jepun. Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti 'ZERO FIGHTER'. Jepun juga menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu. Faktor seterusnya ialah semangat tentera Jepun. Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara meraka, rela mati demi Maharaja Jepun dan tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam perang China -Jepun. Taktik serangan Jepun juga menjadi faktor kejayaan tentera Jepun. Hal ini kerana Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawai yang menjadi pangkalan utama tentera Amera Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941. Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura. Kelemahan Tentera British. Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah. Selain itu tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang. Askar India yang berkhidmat dengan Tentera British telah berubah sikap menjadi anti British. Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura. Berikutnya, faktor kejayaan Jepun ialah daripada pakatan Jepun-Thailand. Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand. Jepun berjanji menyerahkan Kelantan ,Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand. Akhir sekali, faktor kejayaan Jepun ialah peranan kesatuan melayu muda(KMM). KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang melayu. KMM juga memberi maklumat prisikan tentang Tanah Melayu dan menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.
Kesan Pendudukan Jepun
Kesan yang terjadi akibat daripada pendudukan Jepun ialah Dasar Diskriminasi Jepun. Ia memberi kesan kepada hubungan kaum di Tanah Melayu. Langkah Jepun mengambil orang melayu menjadi polis jepun( Kempitai) untuk mengawasi orang cina menimbulkan syak wasangka dan kebencian orang cina kepada orang melayu. Ini memberi kesan buruk kepada hubungan kaum di tanah melayu khususnya dalam kalangan orang melayu dan cina sehingga menimbulkan permusuhan anatara mereka.
Seterusnya kesan sosial. Jepun mengamalkan dasar penjajahan budaya dengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun. Bahasa Jepun menjadi bahasa perantaraan di semua wilayah taklukan Jepun. Alat alat sebaran am (radio, akhbar dan wayang gambar) dijadikan alat menyebarkan propaganda Jepun. Perasaan curiga dan tidak percaya merebak dengan meluas dalam kalangan penduduk berlainan kaum. Selain itu, taraf kesihatan merosot dengan teruk dan penyakit mula merebak. Hal itu menyebabkan jumlah kematian meningkat akibat kekurangan zat.
Akhir sekali, kesan ekonomi. Pemerintahan jepun mengambil alih semua kegiatan ekonomi yang dahulunya dikuasai oleh penguasa Eropah dan orang cina. Bekalan makanan tidak mencukupi dan harga barangan melambung tinggi. Barangan utama seperti beras dikenakan kawalan ketat melalui pengeluaran permit khas. Masalah inflasi juga timbul akibat kekurangan barangan. Justeru, pemerintahan jepun menggalakkan kegiatan ekonomi sara diri dengan menanam makanan sendiri.
No comments:
Post a Comment