Wednesday 23 March 2016

Sebelum Kedatangan Islam

Sebelum kedatanagn islam, masyarakat melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan islam, kehidupan harian masyarakat melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur ansur.

Kedatangan islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada ke-7M. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan islam di Pasai dan Perlak dipersekitaran Selat Melaka pada abad ke-13M.

Mengikut cacatan Marco Polo, agama islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu satunya negeri islam di Kepulauan Melayu pada masa itu.

Manakala Ibn Battutah, pengambara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa Raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi negeri negeri lain disekeliling nya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 M, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu Budha yang bertapak berabad abad namanya di Tanah Melayu.

Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu.

Teori Kedatangan Islam Melalui China.

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman Bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad Bin Abi Waqas ke sana untuk meyebarkan agama islam di Negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap Raja China dan berunding dengannya. Menurut cacatan China, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khusunya Yunan, China telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetapkan di Champa, Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu. Oleh sebab itu lah sesetengah seni bina Masjid lama di Kelantan dan Demak, Indonesia mempunya seni bina China. Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangn Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

No comments:

Post a Comment