Wednesday 23 March 2016

Pengenalan Blog

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhp4CYIif4cDgwZEx82swqFZrPpqewLnz4chjF5PhyHbg1loYL46F6BW34kSYbt9tgGubCdCZFKXgmiSAfADXxZjy8d9pKX22y77uLj2TiCt3petDpjESBBJBarRCU6msBaow29B2f9-C0v/s1600/524009_340672249349361_7078292111_n.jpg

Assalamualaikum
Tujuan kami mewujudkan blog ini kerana untuk menyelesaikan kerja kursus Pengajian Malaysia Politeknik Muadzam Shah, Pahang.
Kumpulan ini diwakili 4 mahasiswa dari sem 1 Jabatan Perdagangan (DAT 1B)


1. SITI NUR SHAFIRA BT HAMDAN
    19DAT15F2033


2. QALIDA ADIBA BT MUHD KHAIRUDDIN
    19DAT15F2025

3. NIK NORHASYIKIN BT NEK MAT
    19DAT15F2035

4. FATIN NABILA BT JAMALUDDIN
    19DAT15F2021

Video Kesan Penjajahan Jepun



Video ini mengenai kesan penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Penjajahan Jepun ini menyebabkan hidup rakyat Tanah Melayu terbeban dan sengsara.

History Of Malaysia

Malaysia is southeast Asian country located on strategic sea-lane that exposes its to global trade and foreign culture. Hinduism from India and Buddhism from China dominated early ragional history, reaching thier peak during the reign of the sumatera based srivijaya civilisation, whose influence extended through sumatera, java, the Malay peninsula and march of Borneo from the 7th to the 14th centuries.

Although muslims had passed through the Malay Peninsula as early as the 10th centuries that islam first firmly established itself. The adoption of Islam by the 15th century saw the rise of a numbe rof Sultan Nates, the most prominant of which was the Sultan Nate of Malacca. Islam has a profound influence on the Malay people, but has also been influenced by them. The portuguese were the first European colonial powers to established themself of the Malay peninsula and southeast Asia, capturing Malacca in 1511, followed by Ducth in 1641. However it was the British who after initially establishing bases at Jesselton, Kuching, Penang and Singapore, ultimately secured their hegemony across the territory that is now malaysia. The englow-Dutch treaty of 1824 define the boundaries between British Malaya and the Natherland east Indies(which became Indonesia). A fourth hase of foreign influence was imigration of chinese and indian workers to meet the needs of the colonial economy created by the Bristish in the Malay Peninsula and Borneo.

Japanese invation during word war II ended British domination in Malaysia. The subsequence occupation of Malaya, North Borneo and Sarawak from 1942 to 1945 unleashed nationalism. In the peninsula the Malaya Communist Party took arms against the British. A tough military respons was needed to and the insurgency and bring about the establishment of an independent multi - racial federation of Malaya on 31 August 1957. On 31 August 1963,the British territories in North Borneo and singapore were granted independence and from malaysia with the peninsular states on 16 September 1963. Approximately 2 years later, the Malaysia parliament passed a bill to separate Singapore from the federation. A confrontation with Indonesia occured in the early-1960's. Race riots in 1969 lead to the imposition of emergency rule, and a curtailment of political life and civil liberties which has been fully reversed. Since 1970's the "National front coalition" headed by united malays national organisation (UMNO) has governed malaysia. Economic growth dramatically increased leaving standard by the 1990's. These growing prosperity helped minimise political discontent.



Zaman Pendudukan Jepun

Zaman Pendudukan Jepun
Jepun memerintah Tanah Melayu selama 3 setengah tahun dari (15 Feb 1942- 12 Sep 1945). Corak pentadbiran pemerintahan Jepun adalah bercorak ketenteraan.Seterusnya, cara kemaraan tentera Jepun ialah dengan menggunakan kapal terbang perang. Kapal terbang perang digunakan tentera Jepun untuk menyerang Tentera British ke Tanah Melayu. Kapal tersebut sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun. Selain itu, mereka menggunakan kereta kebal penggepur dan berjaya memaksa tentera Britush berundur . Hal hal ini kerana Jepun menggunakan kereta kebal yang kecik dan ringan yang lebih mudah dikendalikan. Tentera Jepun juga menggunakan bot untuk mendarat tenteranya dari kapal terbang yang sukar berlabuh di pantai. Akhir sekali, cara kemaraan tentera Jepun ialah menggunakan basikal untuk tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British dan basikal mudah melalui jalan yang sempit.


Faktor kajayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu ialah dengan melakukan perancangan awal perang. Sebagai contoh, Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapat kerjasama penduduk Tanah Melayu. Jepun menjalankan aktiviti prisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan. Selain itu, kelengkapan perang tentera Jepun. Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti 'ZERO FIGHTER'. Jepun juga menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu. Faktor seterusnya ialah semangat tentera Jepun. Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara meraka, rela mati demi Maharaja Jepun dan tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam perang China -Jepun. Taktik serangan Jepun juga menjadi faktor kejayaan tentera Jepun. Hal ini kerana Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawai yang menjadi pangkalan utama tentera Amera Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941. Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura. Kelemahan Tentera British. Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah. Selain itu tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang. Askar India yang berkhidmat dengan Tentera British telah berubah sikap menjadi anti British. Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura. Berikutnya, faktor kejayaan Jepun ialah daripada pakatan Jepun-Thailand. Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand. Jepun berjanji menyerahkan Kelantan ,Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand. Akhir sekali, faktor kejayaan Jepun ialah peranan kesatuan melayu muda(KMM). KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang melayu. KMM juga memberi maklumat prisikan tentang Tanah Melayu dan menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.



Kesan Pendudukan Jepun

Kesan yang terjadi akibat daripada pendudukan Jepun ialah Dasar Diskriminasi Jepun. Ia memberi kesan kepada hubungan kaum di Tanah Melayu. Langkah Jepun mengambil orang melayu menjadi polis jepun( Kempitai) untuk mengawasi orang cina menimbulkan syak wasangka dan kebencian orang cina kepada orang melayu. Ini memberi kesan buruk kepada hubungan kaum di tanah melayu khususnya dalam kalangan orang melayu dan cina sehingga menimbulkan permusuhan anatara mereka. 


Seterusnya kesan sosial. Jepun mengamalkan dasar penjajahan budaya dengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun. Bahasa Jepun menjadi bahasa perantaraan di semua wilayah taklukan Jepun. Alat alat sebaran am (radio, akhbar dan wayang gambar) dijadikan alat menyebarkan propaganda Jepun. Perasaan curiga dan tidak percaya merebak dengan meluas dalam kalangan penduduk berlainan kaum. Selain itu, taraf kesihatan merosot dengan teruk dan penyakit mula merebak. Hal itu menyebabkan jumlah kematian meningkat akibat kekurangan zat.


Akhir sekali, kesan ekonomi. Pemerintahan jepun mengambil alih semua kegiatan ekonomi yang dahulunya dikuasai oleh penguasa Eropah dan orang cina. Bekalan makanan tidak mencukupi dan harga barangan melambung tinggi. Barangan utama seperti beras dikenakan kawalan ketat melalui pengeluaran permit khas. Masalah inflasi juga timbul akibat kekurangan barangan. Justeru, pemerintahan jepun menggalakkan kegiatan ekonomi sara diri dengan menanam makanan sendiri.

Sebelum Kedatangan Islam

Sebelum kedatanagn islam, masyarakat melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan islam, kehidupan harian masyarakat melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur ansur.

Kedatangan islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada ke-7M. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan islam di Pasai dan Perlak dipersekitaran Selat Melaka pada abad ke-13M.

Mengikut cacatan Marco Polo, agama islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu satunya negeri islam di Kepulauan Melayu pada masa itu.

Manakala Ibn Battutah, pengambara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa Raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi negeri negeri lain disekeliling nya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 M, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu Budha yang bertapak berabad abad namanya di Tanah Melayu.

Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu.

Teori Kedatangan Islam Melalui China.

Islam telah sampai ke Tanah Besar China sejak zaman Khalifah Uthman Bin Affan lagi. Baginda telah menghantar bapa saudara Rasulullah SAW yang bernama Saad Bin Abi Waqas ke sana untuk meyebarkan agama islam di Negara China yang luas itu.

Pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Khalifah Al-Walid telah menghantar pasukan tenteranya ke sempadan Negeri China. Ketua pasukan tentera tersebut telah menghadap Raja China dan berunding dengannya. Menurut cacatan China, pada abad ke-9, ramai penduduk di sebelah selatan negara China khusunya Yunan, China telah memeluk Islam.

Pada suatu masa, berlaku huru hara di daerah Yunan tersebut, lalu ramai muslim berhijrah ke Asia Tenggara. Antara mereka ada yang menetapkan di Champa, Kemboja dan ada juga yang menetap di Negeri Pantai Timur Tanah Melayu. Oleh sebab itu lah sesetengah seni bina Masjid lama di Kelantan dan Demak, Indonesia mempunya seni bina China. Sesetengah ahli sejarawan tempatan berpendapat kedatangn Islam ke Nusantara melalui China telah berlaku pada akhir abad ke-10 dengan awal abad ke-11.

Friday 18 March 2016

Soalan

 1. Penjajahan jepun telah memperkenalkan satu slogan untuk membangkitkan
    semangat  penduduk Tanah Melayu iaitu

     A. Asia Untuk Orang Asia
     B. Melayu Untuk Orang Melayu
     C. Kemakmuran Asia
     D. Melayu Untuk Orang Asia

2. Antara berikut yang manakah bukan faktor yang menyumbang kepada       kemenangan jepun menjajah Tanah Melayu

    A. persedian peperangan oleh jepun
    B. bantuan daripada tentera
    C. british tidak bersedia
    D. kekurangan tentera british

3. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan oleh Jepun kepada kerajaan Thailand kerana

    A. Thailand memberikan laluan tentera jepun.
    B. Thailand berasa terhutang budi
    C. Jepun ingin berbaik baik dengan Thailand.
    D. Jepun ingin menguasai Thailand


4. Tanah Melayu pernah diduduki oleh kuasa-kuasa berikut iaitu

    i) Portugis
   ii) Belanda
   iii) British
   iv) Jepun

    A. I dan II
    B. I, II dan IV
    C. II, III dan IV
    D. I,II,III dan IV


5. Secara umumnya negara negara di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa kuasa  Barat berikut kecuali

   A. Sepanyol
   B. British
   C. Perancis.
   D. Rusia

Sunday 21 February 2016

Bahan Rujukan

Bahan Rujukan :


  1. Buku Pengajian Malaysia Edisi Ke-5 (Penerbitan oxford fajar Sdn. Bhd)
  2. Pengajian Malaysia DUB1012 ( Jabatan Pengajian Am Politeknik Kota Kinabalu)
  3. Internet (https://en.m.wikipedia.org/wiki/History_of_Malaysia)